Tuesday 28 March 2017

SELAMAT DATANG KE BLOG SIS BONGSU...

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK - KANAK



SINOPSIS KURSUS

            Kursus ini memberi pengetahuan pendidikan Islam dan Moral. Konsep Pendidikan Islam seperti akidah, akhlak dan tasawwur Islam diperkenalkan. Pendidikan moral seperti penyataan normatif, konsep asas nilai, teori dan sistem nilai, dan nilai agama/kepercayaan agama-agama utama, merujuk sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.





RASIONAL KURSUS

             Nilai-nilai murni yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


PENGENALAN SUBJEK PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK

PENGENALAN

         Assalamualaikum.. saya Naina Yusof, pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak ingin mengongsikan serba sedikit pengetahuan mengenai bidang pelajaran yang saya ambil. Saya sedang berada di dalam semester satu, antara subjek-subjek yang saya ambil pada semester ini ialah perkembangan kerohanian dan  moral kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, apresiasi muzik dan nyanyian kanak-kanak dan falsafah, polisi dan prinsip dalam pendidikan awal kanak-kanak. Saya berharap isi kandungan blog ini mampu memberi manfaat tentang pengetahuan serba sedikit jurusan yang sedang saya duduki sekarang. 

Terima Kasih.


PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK - KANAK




SINOPSIS KURSUS:


            Kursus ini menekankan konsep asas dalam psikologi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan yang dibincangkan memenuhi aspek-aspek pertumbuhan mengikut peringkat umur kanak-kanak hingga remaja. Dua fokus perkembangan yang akan dibincangkan adalah aspek perkembangan fizikal, sosioemosi, kognitif dan kendiri manakala fokus kedua pula akan membincangkan perkembangan dari sudut perkembangan sosial, kognitif dan moral dalam kalangan kanak-kanak. Kedua-dua fokus akan dibincangkan melalui tajuk-tajuk yang diberikan seperti konsep pertumbuhan dan perkembangan, teori-teori pertumbuhan dan perkembangan, perkembangan semasa pranatal, perkembangan semasa bayi, perkembangan awal kanak-kanak, perkembangan akhir kanak-kanak, perkembangan remaja dan implikasi perkembangan sosioemosi, kognitif dan fizikal ke atas kanak-kanak. 




RASIONAL KURSUS

            Kursus ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar memahami perkembangan kanak-kanak di samping akhirnya dapat membina corak yang sesuai untuk menilai perkembangan kanak-kanak.

APRESIASI MUZIK DAN NYANYIAN KANAK - KANAK



SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi tumpuan kepada pemahaman teori dan pendekatan dalam muzik dan irama untuk kanak-kanak. Ia juga termasuk kaedah penghargaan dan menghasilkan muzik mudah, melodi dan lagu-lagu yang mudah. Penekanan subjek ini juga akan diberi ke atas ungkapan perasaan dan emosi melalui muzik. Pelajar digalakkan untuk menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan alat muzik mudah.



RASIONAL KURSUS 

         Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang muzik dan nyanyian kemahiran kanak-kanak. Pelajar akan dapat memahami, menganalisis dan menggunakan kemahiran muzik untuk pengajaran dan pembelajaran.

FALSAFAH, POLISI DAN PRINSIP DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK

SINOPSIS KURSUS

Subjek ini adalah cara menganalisis Child Right Convention (CRC), Akta Kanak-kanak 2001, Akta Penubuhan Pusat Jagaan dan lain-lain akta yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Subjek ini juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang falsafah dan juga tokoh-tokoh yang signifikan dalam bidang ini. Melalui subjek ini pelajar-pelajar akan didedahkan kepada prinsip pendidikan awal kanak-kanak oleh National Association for the Education of Young Children (NAEYC) melaluinya juga pelajar-pelajar akan membina falsafah, konsep dan juga prinsip pendidikan awal kanak-kanak mereka sendiri. 


RASIONAL KURSUS

Memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar tentang falsafah, tokoh-tokoh yang signifikan dalam bidang ini, polisi serta prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga dapat mengaplikasikan, membuat perbandingan dan menganalisis prinsip dan polisi pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran.
 

PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK Template by Ipietoon Cute Blog Design