Tuesday, 28 March 2017
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK - KANAK
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memberi
pengetahuan pendidikan Islam dan Moral. Konsep Pendidikan Islam seperti akidah,
akhlak dan tasawwur Islam diperkenalkan. Pendidikan moral seperti penyataan
normatif, konsep asas nilai, teori dan sistem nilai, dan nilai agama/kepercayaan
agama-agama utama, merujuk sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
RASIONAL KURSUS
Nilai-nilai murni yang diperolehi
dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian serta aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
PENGENALAN SUBJEK PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK
PENGENALAN
Assalamualaikum..
saya Naina Yusof, pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris mengambil
jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak ingin mengongsikan
serba sedikit pengetahuan mengenai bidang pelajaran yang saya ambil. Saya
sedang berada di dalam semester satu, antara subjek-subjek yang saya ambil pada
semester ini ialah perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak,
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, apresiasi muzik dan nyanyian
kanak-kanak dan falsafah, polisi dan prinsip dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Saya berharap isi kandungan blog ini mampu memberi manfaat tentang pengetahuan
serba sedikit jurusan yang sedang saya duduki sekarang.
Terima
Kasih.
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK - KANAK
SINOPSIS KURSUS:
Kursus
ini menekankan konsep asas dalam psikologi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan
yang dibincangkan memenuhi aspek-aspek pertumbuhan mengikut peringkat umur
kanak-kanak hingga remaja. Dua fokus perkembangan yang akan dibincangkan adalah
aspek perkembangan fizikal, sosioemosi, kognitif dan kendiri manakala fokus
kedua pula akan membincangkan perkembangan dari sudut perkembangan sosial,
kognitif dan moral dalam kalangan kanak-kanak. Kedua-dua fokus akan dibincangkan
melalui tajuk-tajuk yang diberikan seperti konsep pertumbuhan dan perkembangan,
teori-teori pertumbuhan dan perkembangan, perkembangan semasa pranatal,
perkembangan semasa bayi, perkembangan awal kanak-kanak, perkembangan akhir
kanak-kanak, perkembangan remaja dan implikasi perkembangan sosioemosi,
kognitif dan fizikal ke atas kanak-kanak.
RASIONAL KURSUS
Kursus
ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar memahami perkembangan kanak-kanak
di samping akhirnya dapat membina corak yang sesuai untuk menilai perkembangan
kanak-kanak.
APRESIASI MUZIK DAN NYANYIAN KANAK - KANAK
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memberi tumpuan kepada
pemahaman teori dan pendekatan dalam muzik dan irama untuk kanak-kanak. Ia juga
termasuk kaedah penghargaan dan menghasilkan muzik mudah, melodi dan lagu-lagu
yang mudah. Penekanan subjek ini juga akan diberi ke atas ungkapan perasaan dan
emosi melalui muzik. Pelajar digalakkan untuk menggunakan bahan-bahan kitar
semula untuk menghasilkan alat muzik mudah.
RASIONAL KURSUS
Kursus ini
mendedahkan kepada pelajar tentang muzik dan nyanyian kemahiran kanak-kanak.
Pelajar akan dapat memahami, menganalisis dan menggunakan kemahiran muzik untuk
pengajaran dan pembelajaran.
FALSAFAH, POLISI DAN PRINSIP DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK
SINOPSIS KURSUS
Subjek ini adalah cara
menganalisis Child Right Convention (CRC), Akta Kanak-kanak 2001, Akta
Penubuhan Pusat Jagaan dan lain-lain akta yang berkaitan dengan pendidikan awal
kanak-kanak. Subjek ini juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang
falsafah dan juga tokoh-tokoh yang signifikan dalam bidang ini. Melalui subjek
ini pelajar-pelajar akan didedahkan kepada prinsip pendidikan awal kanak-kanak
oleh National Association for the Education of Young Children (NAEYC) melaluinya juga pelajar-pelajar akan membina falsafah, konsep dan
juga prinsip pendidikan awal kanak-kanak mereka sendiri.
RASIONAL KURSUS
Memberi pengetahuan kepada
pelajar-pelajar tentang falsafah, tokoh-tokoh yang signifikan dalam bidang ini,
polisi serta prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga dapat
mengaplikasikan, membuat perbandingan dan menganalisis prinsip dan polisi
pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)